|
myCRECHE
Apa
itu Creche?
Merujuk Wikipedia :
- Creche is a French
word that means infant bed.
- In English
it mean
: day care center (especially in
some Commonwealth countries), an organization of adults who take care
of children in place of their parents.
Merujuk kepada
pelbagai
terbitan Kamus Dwibahasa :
- Sesuatu tempat
untuk penjagaan kanak-kanak untuk
sementara waktu.
- Tempat tumpangan
kanak-kanak di mana mereka dijaga
sementara ibu mereka bekerja.
Sebagai
kesimpulannya, di
Malaysia ianya merujuk kepada perkataan "TASKA".
Apa
itu TASKA?
TASKA adalah singkatan
dari perkataan "Taman Asuhan Kanak-Kanak".
Ia bermaksud
"mana-mana premis yang menerima masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di
bawah umur 4 tahun selain dari isi rumah diterima masuk untuk dijaga
dengan upah".
Ianya adalah sebagai
tempat
asuhan gantian bagi ibu bapa yang bekerja. Maka, keperluannya
dilihat terus meningkat. Walau bagaimana pun, ibu bapa masih merupakan
pendidik utama kanak-kanak.
Jabatan Kebajikan
Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat
dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan Akta TASKA 1984 yang telah
digubal dengan tujuan mendaftar, memeriksa dan mengawal TASKA yang
telah menerima masuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Akta ini
bertujuan menjamin mutu jagaan dan asuhan kanak-kanak di TASKA.
KATEGORI
TASKA
Terdapat
beberapa kategori TASKA di Malaysia. Antaranya :-
- Di Rumah
- Di Institusi
- Di Tempat
Kerja
- Komuniti
TASKA di Rumah
Menerima masuk
kurang dari 10 orang
kanak-kanak berumur
dibawah 4 tahun dengan upah.
TASKA
di Institusi
Menerima masuk
10 orang atau lebih
kanak-kanak berumur
dibawah 4 tahun dengan upah.
TASKA
di Tempat Kerja
TASKA ditempat
kerja yang menerima masuk 10
orang atau lebih
kanak-kanak. Salah satu contoh Taska di Tempat Kerja adalah seperti di
SIRIM, Shah Alam, Selangor.
TASKA
Komuniti
Menerima masuk
10 orang atau lebih
kanak-kanak di suatu
kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan
Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri. Contohnya Taska Permata di Bandar
Sri Damansara.
TENAGA KERJA YANG TERLIBAT DI TASKA
- Pengusaha
- Penyelia
- Pengasuh
- Tukang Masak
- Tukang Cuci
APAKAH TUGAS
TENAGA
KERJA TERSEBUT?
Pengusaha
Di
antara tugas Pengusaha adalah ;
- Menguruskan
pelesenan
- Merancang dan
menyusun program/kurikulum
- Melengkapkan peralatan
dan perabut yang
bersesuaian
- Menyimpan
rekod peralatan, perabut dan
membuat kiraan stok dari masa ke semasa.
- Merancang
persekitaran dalam dan luar serta memastikan persekitaran itu wujud.
- Mengambil
Pengasuh yang sesuai untuk
mengasuh kanak-kanak.
- Memastikan
setiap Pengasuh telah diperiksa
oleh Doktor Yang Bertauliah dan disahkan sihat dan sesuai.
- Menyediakan
Jadual Tugasan Kerja bagi Pengasuh
- Menyediakan
dan membayar gaji, KWSP dan
PERKESO bagi kakitangannya.
- Merancang
dan menjalankan latihan kemahiran
dan kursus untuk para Pengasuh sama ada diluar atau "in house".
- Menjalankan
semua perihal kewangan termasuk belanjawan, akaun, cukai dan urusan
bank.
- Merancang
Program Penglibatan Ibu Bapa dan
memastikan ianya dilaksana
- Mengambil
berat tentang kemajuan setiap
kanak-kanak.
- Mempengerusikan
mesyuarat dengan Pengasuh
dan/atau Ibu Bapa.
- Memastikan
keselamatan persekitaran.
Penyelia
Di antara tugas Penyelia adalah;
- Menyimpan dan
mengemaskini rekod-rekod yang
bukan dikendalikan sendiri oleh Pengusaha.
- Merancang Menu
Mingguan Kanak-Kanak serta pembelian
stok makanan
- Merancang Jadual
Aktiviti Mingguan Kanak-Kanak
- Merancang
perbelanjaan.
Pengasuh
Pengasuh
Bayi (umur
0-2 tahun)
Di antara tugas Pengasuh Bayi ;
- Menyambut
kedatangan bayi dan juga menyerah semula
bayi kepada ibu bapa waktu dijemput
- Menjaga
kebersihan
dan keselamatan bilik/tempat bayi.
- Mengurus
keperluan
asas bayi
- Menyimpan
rekod
kemajuan, kesihatan dan kecederaan
bayi
Pengasuh
Kanak-Kanak
(umur 2-4 tahun)
Di antara tugas
Pengasuh Kanak-Kanak;
- Menyambut
kedatangan kanak-kanak dan menyerah semula
kanak-kanak kepada ibu bapa.
- Menyediakan
peralatan untuk Aktiviti Harian dan
menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak.
- Menyimpan rekod
kemajuan, kesihatan dan kecederaan
kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing.
- Menguruskan
keperluan asas kanak-kanak.
NISBAH PENGASUH DENGAN
KANAK-KANAK
Lahir
hingga 1 tahun - 1:3
1 hingga 3
tahun
- 1:5
3 hingga 4
tahun
- 1:10
KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
Antara objektif kursus ini diadakan adalah :
- Memberi
pengetahuan
dan kemahiran kepada Pengasuh
supaya dapat meningkatkan mutu asuhan kanak-kanak di TASKA
masing-masing.
- Membolehkan
Pengasuh menjadi Pengasuh Berdaftar
mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan
Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi) 1985.
Kursus ini
bertujuan untuk memberi pengetahuan
dan kemahiran dalam
aspek-aspek berikut :-
- Perkembangan
menyeluruh kanak-kanak di bawah umur 4
tahun
- Aktiviti-aktiviti
untuk perkembangan kanak-kanak
- Kesihatan
dan
Pemakanan
- Amalan
Asuhan
Kanak-Kanak
- Kemudahan
dan
Persekitaran
- Perancangan
dan
Pentadbiran
- Pengetahuan
dan
Kemahiran Tambahan
Sila
ikuti
kursus yang
mendapat pengiktirafan
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
ditempat anda seperti Persatuan TASKA Negeri Selangor (bagi Negeri
Selangor). Hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat di
kawasan anda untuk maklumat lanjut.
Kakitangan
diwajibkan mempunyai Sijil Asas Asuhan Kanak-Kanak dan
diberikan tempoh dalam masa setahun selepas diterima bekerja.
Pengusaha bertanggungjawab untuk memastikan setiap kakitangannya
memiliki sijil tersebut.
|