|
PENGERTIAN
KANAK-KANAK
Di bawah Akta Kanak-Kanak
2001, ianya bermaksud
seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.
AMALAN
ASUHAN KANAK-KANAK
<>Froebel
percaya bahawa kanak-kanak belajar dari
persekitarannya dan pembentukan peribadi di pengaruhi oleh cara
kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh
kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong
perkembangan kanak-kanak.
<>
<>Dr.Maria
Montessori percaya bahawa
perkembangan seseorang
kanak-kanak khususnya apabila kanak-kanak di beri peluang menyentuh,
mencuba dan menggunakan peralatan khas dan persekitarannya yang
disediakan secara tersusun.
<>
<>Glen
Doman percaya bahawa
perkembangan atau potensi
intelek seorang kanak-kanak kurang upaya (segi mental) dapat
dirangsangkan dengan penggunaan pelbagai "flash card". Dengan cara ini,
kanak-kanak dapat didedahkan kepada perkataan dan ide sebelum ia
mencapai sesuatu tahap mengenal, memahami atau menerap makna sesuatu
konsep.
<>
<>Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia
menggalakkan amalan
asuhan kanak-kanak yang memberi tumpuan kepada Perkembangan Menyeluruh
seseorang kanak-kanak iaitu Perkembangan Fizikal, Sosio-Emosi, Kognitif
dan Bahasa. Amalan ini memberi tumpuan kepada tahap kebolehan dan
kesediaan seseorang kanak-kanak melalui persekitaran dan aktiviti yang
dirancang.
<>
PERKEMBANGAN
MENYELURUH KANAK-KANAK
DI BAWAH UMUR 4 TAHUN
Setiap
makhluk yang dicipta oleh Tuhan akan melalui
dua proses perubahan iaitu proses pertumbuhan dan proses perkembangan.
Proses pertumbuhan
ialah perubahan-perubahan yang boleh dilihat dengan
jelas dalam proses contohnya proses bayi dan kanak-kanak membesar
(terutama sekali perubahan fizikal). Ia boleh diukur dari satu masa ke
satu masa yang lain seperti berat badan, ketinggian, saiz badan dan
bilangan gigi . Perubahan ini disebut perubahan secara "kuantiti".
Proses perkembangan
pula ialah perubahan yang tidak boleh diukur secara
kuantiti tetapi ternyata telah berlaku dan boleh dilihat dalam satu
tempoh yang panjang. Perkembangan menekan kepada aspek-aspek keupayaan
dan kebolehan seseorang untuk berfungsi dan berinteraksi dengan keadaan
sekeliling untuk keselesaan hidup sepanjang hayatnya. Contohnya :
kebolehan mengkoordinasi pergerakan anggota badan, bertutur, memahami
dari benda-benda konkrit ke abstrak, berinteraksi dan meluahkan
perasaan dengan orang dan keadaan sekeliling. Perubahan ini disebut
perubahan secara "kualiti".
ASPEK
PERKEMBANGAN MENYELURUH
KANAK-KANAK
Terdapat empat
(4) aspek perkembangan
menyeluruh kanak-kanak yang nyata terlibat dalam proses pembesaran
kanak iaitu :
- Perkembangan
Fizikal
- Perkembangan Bahasa
- Perkembangan Kognitif
- Perkembangan Sosio-emosi
Ianya
boleh dibincangkan secara berasingan, namun
harus diingat bahawa setiap kanak-kanak mempunyai semua aspek yang
berintegrasi. Proses pembelajaran adalah suatu proses seumur hidup yang
terjadi dalam semua aspek perkembangan seseorang kanak-kanak.
Perkembangan
Fizikal
Perubahan
yang berlaku
dari segi bentuk, saiz, kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan
motor halus serta koordinasi anggota badan.
Pembentukan manusia adalah daripada satu
sel hasil persenyawaan benih ibu dan benih bapa. Sel ini akan membesar
menjadi janin dalam kandungan ibu selama sembilan bulan sebelum
dilahirkan. Janin selepas dilahirkan dinamakan bayi. Bayi akan
berubah secara beransur-ansur menjadi seorang kanak-kanak yang
membesar. Proses perubahan yang dilalui bayi ini dinamakan proses
pertumbuhan dan perkembangan.
Perkembangan Bahasa
Perubahan
dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan,
kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindakbalas kepada stimuli.
Perkembangan
Kognitif
Keupayaan
kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah.
Perkembangan
Sosio-Emosi
Keupayaan
kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluah perasaan. "Every
child has to move from ego - centrism, where he views the world as if
it revolved around him, his desired and needs, to a state of
socialization where he accepts the patterns of behavior imposed on him
by his family, culture and peer group, and learn to share and consider
the needs of others".
KESIHATAN
& PEMAKANAN
Makanan menjadi
asas kesihatan dan perkembangan bagi setiap individu. Masalah
pengambilan pemakanan ketara dapat dilihat dikalangan bayi dan
kanak-kanak. Kekurangan pengambilan makanan yang berzat menjadikan
mereka sering terdedah kepada penyakit atau perkembangan fizikal dan
mental yang terbantut. Pada peringkat awal, perhatian harus diberi
sewaktu proses menyediakan sajian makanan untuk bayi dan kanak-kanak
untuk menjaminkan pertumbuhan dan perkembangan yang sempurna.
Makanan yang diambil
oleh bayi dan kanak-kanak pada tahun pertama
hidupnya menentukan ia menjadi seorang dewasa yang sihat. Kekurangan
makanan pada peringkat awal akan mendatangkan akibat yang tidak baik
dan ia tidak boleh dipulihkan semula.
Selain dari
makanan yang seimbang, kebersihan makanan adalah amat
penting dari segi penyediaan makanan, alatan yang digunakan, makanan
itu sendiri dan penyimpanan makanan yang belum dimasak dan yang telah
dimasak. Ini adalah kerana bayi dan kanak-kanak amat sensitif kepada
jangkitan bakteria kerana sistem penghadaman mereka belum begitu
sempurna lagi.
Manakala bagi bayi yang
menyusu dari botol, kebersihan botol adalah
amat penting.
Bagaimana
Mempromosikan Pemakanan Yang Sihat
(Garis panduan untuk
"Early Childhood Workers")
Tabiat pemakanan kita,
rasa dan kecenderungan dibentuk pada peringkat awal dengan teladan oleh
ibu bapa dan penjaga yang lain dan dengan makanan yang diberi semasa
bayi. Pengaruh awal ini sentiasa membentuk sikap kita terhadap makanan
dan pemakanan sepanjang persekolahan dan hidup dewasa kita. Keluarga
yang mempunyai gaya hidup yang sibuk sehingga ahli keluarga menyediakan
makanan mereka tersendiri dan makan sambil menonton televisyen akan
mempunyai perspektif yang berlainan terhadap peranan makanan dan waktu
makan daripada keluarga yang makan bersama.
Garis
Panduan;
1) Atur keperluan
pemakanan kanak-kanak dalam rangka makanan yang sihat
dan sesuai.
2) Beri pilihan yang
luas kepada pelbagai makanan. Beri peluang bayi
dan kanak-kanak untuk mencuba makanan lain lebih dari sekali.
Keengganan untuk merasa buat kali pertama mungkin disebabkan oleh rasa
tidak suka yang baru daripada makanan itu sendiri.
3) Kebanyakan
kanak-kanak kecil memerlukan tiga hidangan makanan yang
kecil dan tiga snek sehari. Didik kanak-kanak untuk makan terutamanya
pada waktu makan. Elakkan memberi snek yang mengandungi kalori tinggi
seperti biskut dan makanan bergula yang mungkin tidak akan memberi
selera makan untuk makanan yang lebih seimbang.
4) Tentukan satu
teladan. Kanak-kanak akan meniru apa yang anda makan
dan bagaimana anda makan. Lebih mudah menggalakkan seorang
kanak-kanak makan 'stick of raw celery' jika anda sendiri makan.
5) Persembahan makanan
adalah penting. Pencetak makanan yang dibeli
khas untuk kanak-kanak menggunakan pelbagai teknik untuk menghasilkan
produk yang menarik dari segi warna, bentuk, tema dan watak. Penggunaan
teknik-teknik ini akan menghasilkan waktu makan yang lebih
menyeronokkan.
6) Elakkan
menambah garam kepada makanan atas meja. Terlampau
banyak garam boleh mengakibatkan kehilangan air dikalangan bayi dan
boleh mempengaruhi tekanan darah jika diambil untuk jangkamasa
panjang.
7) Beri 'makan
sihat' sebagai ganjaran. Contohnya kismis dan lobak
merah daripada gula-gula atau kek.
8) Kanak-kanak
seharusnya boleh mengikuti selera makan tersendiri dalam
menentukan berapa banyak mereka hendak makan. Adalah tidak adil untuk
memaksa kanak-kanak menghabiskan makanan sekiranya mereka tidak lagi
hendak makanan itu.
9) Apabila menukar menu
kepada suatu pilihan lain yang lebih sihat,
perkenalkan makanan baru tersebut secara berperingkat.
<>
KEMUDAHAN
DAN PERSEKITARAN TASKA
Kemudahan di TASKA
Kemudahan dan
kelengkapan yang mencukupi adalah faktor utama bagi setiap program
TASKA. Pilihan lokasi, reka bentuk bangunan, memilih dan membeli
kelengkapan dan merancang persekitaran kegiatan (luar dan dalam)
kesemuanya adalah kritikal bagi membolehkan sesuatu program TASKA
berjalan dengan lancar.
Persekitaran
di TASKA
Kadar luas kawasan
kanak-kanak dan cara kelengkapan di atur di antara
kawasan kegiatan ini akan memberi kesan ke atas jangkamasa penglibatan
kanak-kanak dalam sesuatu aktiviti, kualiti interaksi di antara
kanak-kanak dan peringkat emosi kanak-kanak dan Pengasuh. Suatu
persekitaran yang baik boleh menggalakkan penglibatan kanak-kanak yang
lebih panjang dalam aktiviti, dapat "memperluaskan" permainannya dan
memupuk interaksi yang positif. Oleh itu, setiap kumpulan kanak-kanak
di TASKA mestilah mempunyai kawasan yang sesuai kerana mereka
menghabiskan kebanyakan masa di TASKA.
Ciri-ciri
fizikal persekitaran kegiatan ini akan mempengaruhi sikap
Pengasuh dan kanak-kanak. Persekitaran yang kecil, sesak, bilik yang
bising selalunya dikaitkan dengan sikap negatif seperti bergaduh dan
berlawan (secara fizikal), mewujudkan keadaan tegang dan gangguan.
Manakala persekitaran yang dirancang dengan rapi, teliti dan tenang,
akan menyokong interaksi positif antara kanak-kanak dan Pengasuh.
Persekitaran kegiatan
seharusnya adalah suatu persekitaran yang
menggembirakan. Kanak-kanak boleh bebas bermain merata-rata di tempat
yang disediakan dan segala yang disekeliling mereka akan menjadi
mainannya. Apa yang paling penting adalah ianya merupakan suatu
persekitaran yang merangsangkan di mana kanak-kanak belajar dengan
membuat dan belajar dengan bermain. Persekitarannya juga adalah suatu
persekitaran yang selamat dan bersih untuk kanak-kanak bermain. Ini
akan membina tubuh yang sihat dan kuat serta membentuk kestabilan emosi
kanak-kanak.
Ruang
di
TASKA
Berdasarkan Akta TASKA,
Peraturan 24(1),(2) menjelaskan mengenai ruang
untuk kanak-kanak di TASKA iaitu sekurang-kurangnya 3.5 meter persegi
untuk seorang kanak-kanak. Bagi menyediakan ruang mengikut garis
panduan peraturan tersebut, persekitaran dalam TASKA perlu disusun.
Ruang minimum yang dimaksudkan oleh peraturan tersebut adalah ruang
yang benar-benar digunakan oleh kanak-kanak.
Antara kebaikannya
adalah supaya kanak-kanak boleh bergiat dengan
aktif. Kanak-kanak boleh membuat pilihan sendiri mengenai sesuatu
kegiatan yang dilakukan. Kanak-kanak berupaya bergaul dan bermain
sesama mereka dengan selesa. Disamping itu juga, kanak-kanak dapat
menggunakan barang permainan dan alat kegiatannya secara berfaedah
untuk perkembangannya.
Ruang
persekitaran di TASKA terbahagi kepada dua (2) bahagian:-
1) Ruang persekitaran
di dalam TASKA
2) Ruang persekitaran
di luar TASKA.
Ruang
Persekitaran Dalam TASKA
Ruang ini
merupakan unit asas bagi
sesebuah TASKA. Memilih dan merancang susun atur ruang kegiatan adalah
amat penting kerana ianya akan memberi kesan yang besar ke atas
pembelajaran kanak-kanak dan perlaksanaan program yang di atur di TASKA.
Ruang
Sudut Kegiatan Dalam TASKA
Ruang
ini adalah ruang untuk sudut kanak-kanak bermain. Perabot disusun
dikawasan dalam TASKA bagi mewujudkan sudut untuk kanak-kanak bermain
dan menjalankan aktiviti mereka. Setiap sudut untuk kegiatan
kanak-kanak ini memerlukan keluasan secukupnya untuk kanak-kanak
bergerak, memilih aktiviti dengan bebas melalui bimbingan Pengasuh dan
menggunakan alat mainan dengan sendiri. Cara ini akan membolehkan
kanak-kanak menggunakan tenaga melalui aktiviti, mengukuhkan lagi
penghargaan diri serta belajar melalui meneroka, memahami sebab dan
akibat juga membantu perkembangan fizikal dan sosialnya,
Kebiasaannya,
ruang kegiatan adalah dianggap sebagai asas dalam
kurikulum di sesebuah TASKA kerana ia memberi pengalaman
dan perkembangan yang perlu diperolehi oleh kanak-kanak.
Keluasan ruang berbeza mengikut umur kanak-kanak.
Contohnya :
terdapat empat kawasan utama untuk bayi dan kanak-kanak.
1) Kawasan yang
mempunyai keluasan yang besar sekali ialah untuk
aktiviti motor kasar yang membenarkan kanak-kanak merangkak, memanjat,
menunggang dan berlari. (40%)
2) Kawasan untuk
aktiviti sensori motor dan binaan. Ini
juga memerlukan kawasan yang agak luas terdiri dari sudut-sudut
blok, air dan pasir, melukis, manipulasi dan meneroka. (30%)
3) Kawasan untuk
aktiviti meniru. Contohnya aktiviti main pondok, sudut
muzik dan pergerakan kreatif. (20%)
4) Kawasan untuk
aktiviti perkembangan bahasa dan pra-matematik. Ini
amat mustahak dan ianya merangkumi kegiatan permainan puzzle, melukis
dan aktiviti manipulasi. (10%)
Tips
Penyusunan Ruang Persekitaran Dalam TASKA
1) Susun ruang dalam
TASKA dengan mewujudkan sudut untuk jenis-jenis
kegiatan yang berbeza. Contohnya; Sudut binaan, sudut lukisan, sudut
bacaan dan sudut main peranan.
2) Aturan
kedudukan sudut-sudut kegiatan perlu disusun mengikut cara
bermain dalam sesuatu jenis kegiatan. Sudut untuk aktiviti yang sunyi
mesti dijauhkan dari sudut aktiviti bising.
3) Elakkan ruang yang
terlalu luas kerana ia menggalakkan kanak-kanak
berlari dan akhirnya membawa keadaan yang bising dalam TASKA.
4) Sekatan antara
sudut-sudut kegiatan perlu ada kemudahan udara dan
cahaya. Tidak perlu berdinding dan ketinggian sekatan ini mestilah
boleh dilihat dari paras mata Pengasuh.
5) Lakukan pemerhatian
terhadap penggunaan sudut-sudut kegiatan ini
kerana kemungkinan kedudukan sudut-sudut kegiatan perlu diubahsuai yang
juga melibatkan menambah atau menggantikan permainan dan
peralatan-peralatan.
Ruang
Persekitaran Luar TASKA
Kemahiran pergerakan anggota badan
kanak-kanak meningkat jika banyak peluang untuk kegiatan luar.
Persekitaran luar yang dilengkapkan dengan peralatan kegiatan luar
lebih merangsangkan kegiatan kanak-kanak dan menggalakkan perkembangan
kanak-kanak.
Tips
Penyusunan Ruang Persekitaran Luar
1) Sempadan kegiatan
luar boleh dibina menggunakan pokok bunga pagar
bagi menentukan had kawasan kanak-kanak bermain.
2) Alat permainan perlu
disusun mengikut cara ianya digunakan.
Contohnya; papan gelungsur tidak diletakkan berhampiran permainan
buaian supaya tidak mengganggu pergerakan kanak-kanak yang
berkemungkinan menyebabkan kemalangan.
3) Bentuk dan jenis
peralatan kegiatan luar kanak-kanak perlu berbeza
dari segi kemahiran gerakan anggota badan yang diperlukan untuk
menggunakannya..
4)Jenis
peralatan kegiatan luar yang hendak dipasang perlulah mampu
menampung sekurang-kurangnya tiga jenis alat kegiatan luar.
5) Asas pemilihan alat
kegiatan luar ini adalah kepada kepentingan penggunaan alat itu.
Kanak-kanak menghadapi cabaran yang pelbagai bagi menambah
kemahirannya. Contohnya jongkang-jongkit, papan gelungsur dan permainan
buaian.
Selain
aktiviti
tertentu yang ditempatkan di sudut yang khusus bagi
aktiviti berkenaan, kanak-kanak juga boleh diberikan peluang
pembelajaran bila memerhati dan meneroka lain-lain ruang di TASKA
seperti ikan, kura-kura dalam akuarium atau pokok-pokok bunga.
Bahan-bahan tersebut hanya perlu diletakkan ditempat yang tidak
membahayakan keselamatan kanak-kanak dan dibawah pengawasan Pengasuh.
Kesemua sudut
jenis kegiatan ini akan dapat membantu kanak-kanak
memilih jenis kegiatan mengikut minat mereka. Melalui minat,
kanak-kanak dapat memperolehi kemahiran penyelesaian masalah dengan
menguji dan melahirkan idea mereka sendiri.
PERANCANGAN
DAN PENTADBIRAN TASKA
Oleh kerana
kanak-kanak berhubung dan belajar melalui bermain, satu program yang
menyeluruh dan persekitaran TASKA hendaklah berkisar dalam keadaan
bermain.
Bagaimana untuk
merancang dan melaksanakan satu program harian supaya
objektif bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak boleh dicapai?
Salah
satunya adalah melalui program Jadual Aktiviti Harian. Ianya merupakan
satu panduan di mana seseorang menggunakan masa yang tertentu dalam
sehari untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Satu cara yang berkesan
untuk menyediakan Jadual Aktiviti Harian adalah melalui
penggunaan sekatan masa kerana tempoh bagi sesuatu aktiviti
adalah fleksible.
|